Tuesday, November 10, 2009

Senarai Lampin Wuddah (Rekabentuk Lama)

A) Wuddah Cloth Diaper (RM 39)


Lampin kain jenis biasa yang menggunakan material fiber. Ia ditawarkan dengan tujuh warna terang seperti oren, merah, kuning, biru, merah jambu, hijau dan ungu.

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun dan keatas (S, M, L)
  • mampu menampung berat sehingga 15kg (juga bergantung kepada saiz bayi)


B) Wuddah Printed Cloth Diaper (RM 43)


Lampin kain sama dengan jenis di atas, cuma apa yang membezakannya adalah rekaan dicetak dengan karakter kartun seperti spongebob, monyet dan bentuk geometrik untuk menyerlahkan lagi lampin kain tersebut.

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun dan keatas (S, M, L)
  • mampu menampung berat sehingga 15kg (juga bergantung kepada saiz bayi)


C) Wuddah Bamboo Button Cloth Diaper (RM 47)


Lampin kain ini pula lebih istimewa kerana menggunakan fabrik buluh (bahagian dalaman lampin dan insert) yang menjadikan ia lebih lembut dan selesa. Terdapat tiga warna pilihan iaitu putih, biru lembut dan hijau muda. Lampin jenis itu mempunyai kadar serapan yang lebih baik. Seperti yang diketahui, fabrik daripada buluh mampu bertindak sebagai agen antibakteria dan mampu melindungi kulit bayi dengan baik melalui pengudaraan yang berkesan.

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun dan keatas (S, M, L)
  • mampu menampung berat sehingga 15kg (juga bergantung kepada saiz bayi)


D) Wuddah Bamboo Velcro Cloth Diaper (RM 51)


Lampin kain ini lebih dikenali sebagai velcro kerana hanya perlu dilekatkan (zip zap) apabila memakainya. Perbezaannya dengan lampin jenis C adalah ia hanya menggunakan fabrik buluh pada insert, manakala bahagian dalamannya menggunakan fabrik microfleece.

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 3 tahun dan keatas (S, M, L, XL)
  • mampu menampung berat sehingga 18kg (juga bergantung kepada saiz bayi)


1 comment:

  1. salam, kenapa print cloth dah x dikeluarkn lagi?

    ReplyDelete