Tuesday, November 10, 2009

Fakta Berkenaan Lampin Kain Moden Wuddah





S: Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lampin kain moden?

J: Lampin kain moden merupakan satu produk inovasi yang dicipta dari inspirasi lampin kain tradisional dan penggunaan ikatan plastik disebelah luar bagi menghindarkan dari kebocoran yang sangat popular suatu ketika dahulu. Penggunaanya merupakan sebagai satu cara altematif kepada ibu bapa prihatin yang mementingkan kesihatan anak kecil mereka dengan memberikan sikecil anda apa yang terbaik daripada alami. Ia lebih kepada pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik tanpa campurtangan sebarang bahan kimia dan menyumbang kepada penjagaan alam sekitar.

S: Apakah perbezaan Lampin Kain Moden Wuddah dengan lampin pakai buang?

J: Perbezaannya sangat ketara kerana Lampin Kain Moden Wuddah diperbuat dari bahan semulajadi seperti kapas dan buluh dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia seperti yang terdapat dalam Iampin pakai buang yang mana penggunaanya diHARAMKAN di banyak negara maju yang mementingkan kesihatan dan alam sekitar. Ianya boleh dibasuh dan digunakan berulangkali seperti pakaian selagi mana anda dapat menjaganya dengan baik seperti pakaian kita yang lain. Ianya terbukti dapat mengurangkan kejadian RUAM LAMPIN yang sering terjadi pada anak kecil yang terdedah kepada bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.

S: Bagaimana saya boleh mendapat penjimatan dengan menggunakan Lampin Kain Wuddah?

J: Anda akan mendapati bahawa anda telah menjimatkan perbelanjaan bulanan anda dalam jangka panjang. Ini kerana anak kecil yang menggunakan lampin pakai buang biasanya akan terus menggunakan lampin sehingga berumur 4/ 5 tahun sedangkan hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang menggunakan lampin kain akan berupaya membuang air sendiri selepas berumur 3 tahun (potty training). Anda akan membelanjakan RM 3,000 – RM 5,000 untuk seorang anak bagi membeli lampin pakai buang biarpun ianya hanya berharga sekitar RM0.50 – RM0.60 sekeping hingga umur anak anda mencecah 5 tahun bagi seorang anak. Lampin Kain Wuddah didatangkan dengan satu saiz dan ianya mempunyai butang yang boleh dilaraskan untuk muat dengan saiz anak baru lahir hingga berumur 3 tahun atau beratnya mencecah 15 -18 kg.

S: Mengapa saya perlu mencari susah mengendalikan lampin kain sedangkan saya mempunyai pilihan untuk menggunakan lampin pakai buang untuk anak saya?

J: Soalan ini sering timbul tetutamanya bagi ibu bapa bekerja yang sibuk dengan urusan harian di kota. Pada hakikatnya menguruskan lampin kain tidaklah sesukar yang disangka. Ianya seperti menguruskan pakaian harian anda yang lain. Lampin kain Wuddah sesuai dibasuh menggunakan mesin basuh. Anda pastinya akan membasuh pakaian anda saban minggu maka ianya adalah perkara biasa bagi anda bukan? Gunakan 'wet pail’ bagi menyimpan lampin kain sehingga hari basuhan dan gunakanlah sabun yang paling murah kerana sabun yang paling murah biasanya tidak mengandungi sebarang unsur pelembut atau bahan peluntur yang boleh merosakkan fabrik lampin kain. Keutamaan kita adalah kesihatan anak-anak kita dan anak-anak kita adalah TANGUNGJAWAB kita!

S: Apakah perbezaan Lampin Kain Wuddah berbanding lampin kain moden jenama lain?

J: Lampin Kain Wuddah adalah produk jenama tempatan dan dikeluarkan oleh anak tempatan. Pengeluarannya adalah dengan satu hasrat iaitu bagi memberi pendidikan tentang amalan keibubapaan yang baik dan memberi peluang kepada semua ibu bapa prihatin untuk menggunakannya dengan berdasarkan kemampuan masing-masing.

S: Harga vs Kualiti?

J: Produk Wuddah ditawarkan dengan harga yang mampu milik dengan TIDAK MENGABAIKAN aspek kualiti produk kami. Pemahkah anda melihat barangan yang sama dijual di kaki lima berharga berlipat kali ganda apabila dijual di dalam pasaraya terkenal? Pada kami ianya lebih kepada segmen pasaran mana sesuatu produk itu ditawarkan. Ada produk yang disasarkan untuk golongan mewah dan ada produk yang disasarkan untuk golongan pertengahan dan bawah. Kami masih mengekalkan cara pembungkusan yang biasa-biasa saja bagi memastikan produk kami tidak mahal hanya kerana bungkusannya yang akhirnya akan dibuang begitu sahaja tetapi kami menumpukan pada penghasilan produk yang berkualiti. Kami percaya anda adalah PENGGUNA BIJAK, maka andalah yang tentukannya.

S: Adakah pelapik (insert) Wuddah dijual secara berasingan?

J: Buat masa ini, kami tidak menjual insert / inner lampin kain Wuddah secara berasingan. Ianya dijual secara set yang mengandungi sehelai pant dan sehelai insert. Kami mempunyai perancangan untuk menjualnya secara berasingan untuk digunakan sebagai pelapik tambahan (double inserts) pada masa akan datang dan ianya akan mempunyai label Wuddah setiap satu.

S: Adakah tanda perniagaan (trademark) Wuddah merupakan tanda perniagaan yang terkawal?

J: Ya. Tanda Perniagaan Wuddah telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia Penggunaan tanda perniagaan ini secara tidak betul adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Ini juga bukti komitmen kami terhadap produk yang berkualiti dengan jenama yang diyakini.

Untuk pertanyaan, sila hubungi wakil jualan:

012-7549717 (Hafiz)

Atau emel ke : samanosuke_oni79@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment